Penulis terkemuka Mesir, Wael Qandil sambil menangis berkata :
“Jumlah rakyat Mesir yang dibunuh di Raba’ah semalam lebih ramai
berlipat kali ganda dari jumlah askar Israel yang mati dibunuh oleh askar Mesir
dalam perang Oktober 1973.”
Tentera Mesir telah
membunuh 2500 askar Yahudi semasa perang 1973. Tahun ini Tentera Mesir telah membunuh lebih 5000 orang
Islam Mesir dalam satu bulan sejak rampasan kuasa bermula, termasuk pembunuhan
semalam sahaja lebih daripada 3000 orang yang dibunuh dan dibakar dalam satu hari
di Medan Rabiatul Adawiyah & Nahdhah.
Mesir Tutup Sempadan Rafah
Pihak berkuasa Mesir menutup sempadan Rafah hari ini disebabkan keamanan yang
tidak stabil di Mesir, menurut Pengurus Besar Sempadan dalam Kerajaan HAMAS,
Maher Abu Sabhah.
Beliau berkata dalam kenyataan media bahawa pihak Mesir memaklumkan
secara kepada Palestin tentang penutupan sempadan dari dua arah hari ekoran
ketidakstabilan di utara Sinai. Penutupan sempadan juga disahkan oleh pihak
berkuasa Mesir sehinggalah pembukaannya dimaklumkan kelak.
Perhimpunan besar-besaran diadakan dibandar Sanaa’ Yaman bagi mengutuk tindakan yang di
lakukan oleh pihak keselamatan dan tentera semalam di Medan Rabaah Adawiyyah
dan Medan Nahdah,tidak ketinggalan dalam perhimpunan tersebut ialah golongan
wanita. Mereka juga mendesak agar kedutaan Mesir di Yaman di tutup dan memangil
balik duta mereka di Mesir.
Ribuan rakyat Mesir di Bani Suez turun ke jalanan sebagai menyatakan
sokongan menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh junta tentera sambil
melaungkan slogan “Cukuplah Allah bagi kami dan balasan Allah ke atas orang
yang zalim.”
Barat mengakui rampasan kuasa yang dilakukan ini adalah secara
senyap. Presiden Turki, Erdogan berkata:
“Akan tiba satu hari Musa yang akan menamatkan kezaliman yang dilakukan Firaun ini”
“Akan tiba satu hari Musa yang akan menamatkan kezaliman yang dilakukan Firaun ini”
“Kemarahan Akan Meletus Seperti
Gunung Berapi”
Jumaat,16 Ogos 2013. Sama kita doakan
kemenangan dan memelihara darah mereka yang tidak berdosa.
“Gabungan Kerjasama Kebangsaan” pertubuhan yang menaungi tuntutan rakyat menolak rampasan kuasa
hari ini menyeru seluruh rakyat menyertai perarakan aman yang dinamakan
sebagai “Jumaat Kemarahan”.
Sebanyak 28 pusat perkumpulan disusun di wilayah Kaherah dan Giza yang akan
bermula sejurus selepas solat Jumaat. Semua perarakan ini akan berkumpul di
dataran Ramsis. Dataran Raba’ah dan Nahdhah hingga hari ini masih dikawal
ketat oleh polis. 28 masjid yang bakal menjadi tumpuan perhimpunan.
Statistik pembunuhan peningkatan drastik
Lebih 30 ulama Al-Azhar syahid.
Lebih 2500 orang awam syahid.
Lebih 3000 ditangkap.
Lebih 10000 cedera parah.
Lebih 200 wartawan dibunuh
1. Penyampai berita AL-JAZEERAH: 7 syahid dan ratusan cedera
dalam rempuhan meleraikan tunjuk perasaan di Mustafa Mahmud.
2. Di Bani Suwef, 14 penunjuk perasaan telah syahid hingga
saat ini akibat tembakan polis dan tentera
3. 14 Ogos 2013 Darurat I : Perintah berkurung di seluruh
Mesir dari jam 7 malam hingga 6 pagi.
4. Naib Presiden Mesir lantikan tentera, Dr.Mohammed El
Baradei meletakkan jawatan sebentar tadi.
5. Jumlah syuhada dari Hospital Medani sejumlah 2303 orang
manakala mereka yang cedera parah lebih daripada 10 000 orang. Lebih 200 orang
daripadanya jurugambar.
6. Dr Morsi masih ditahan di tempat yang dirahsiakan
7. Meja rundingan DITUTUP sepenuhnya
8. Seluruh warga Mesir diseru turun ke dataran-dataran
seluruh mesir
9. Penyokong Ikhwanul Muslimin diBAKAR, diTEMBAK, dan
diSEKSA
*Bangun dan sedarlah dari lamunan wahai muslimin dan
muslimat. Tinggalkan keselesaan dan kekenyangan kalian buat sementara. SOLAT
dan BERDOALAH untuk saudara seAGAMA kita di seluruh dunia khasnya di MESIR.
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang
yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka
itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya". (Al Baqarah : 154)
No comments:
Post a Comment