Banyak pihak telah menerima berita tentang kenaikan harga rokok yang telah
naik pada 30/9/2013. Ini bukanlah khabar angin atau omong kosong di kedai kopi
tetapi ianya adalah realiti. Kenaikan harga rokok yang sangat ketara ini
disebabkan oleh terdapatnya banyak rokok tiruan di dalam Malaysia yang berjaya
diseludup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini diperakui
oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Kenaikan harga rokok ini menjadi mimpi ngeri kepada perokok-perokok
tegar di negara ini kerana telah membebankan lagi hidup mereka setelah isu
kenaikan gula dan minyak petrol sebanyak 20sen yang berlaku baru-baru ini.
Roslan Mahayuddin selaku Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit
Perihal Dagangan KPDNKK menjelaskan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah
atau rokok tiruan yang menggunakan nama dan alamat pengilang palsu di negara
ini.
Berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati alamat yang
tertera pada kotak rokok tiruan itu adalah palsu yakni menggunakan alamat
tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi penglihatan pihak berkuasa.
Pelbagai jenama rokok tiruan yang terdapat di dalam negara ini seperti JOHN,CANYON,ZON
KING dan lain-lain. Memang benar menghisap rokok banyak mendatangkan
penyakit tetapi kajian telah menyatakan
bahawa rokok tiruan lebih merbahaya disebabkan kandungan bahannya yang
mengandungi tar dan nikotin yang berlebihan berbanding rokok asli.
Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada
orang ramai kerana harganya jauh lebih murah berbanding rokok asli. Lazimnya
rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar
RM8 sekotak. Kebanyakkan perokok yang membeli rokok tiruan ini adalah dalam
kalangan pelajar sekolah dan penggangur kerana kekurangan duit untuk membeli
rokok yang lebih berjenama seperti DUNHILL dan BENSON yang harganya sekitar
RM10.50 sekotak. Golongan pekerja asing turut mempengaruhi pertambahan rokok
tiruan ini disebabkan taraf hidup mereka yang rendah.
Pendapat saya, isu kenaikan harga rokok
mempunyai kelebihan dan kekurangan kepada individu ,masyarakat dan negara. Bagi
perokok individu yang sederhana hidupnya atau dengan kata lain kekurangan
sumber ekonomi ,tabiat merokok akan berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit
kerana faktor keewangan. Lain pula halnya dengan individu yang kaya kerana
golongan ini tidak kisah akan harga rokok kerana bagi mereka setakat naik RM2@RM3
tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.
Masyarakat pula akan dapat hidup dengan cara hidup yang sihat kerana
kekurangan bilangan perokok sekaligus asap yang terhasil daripada aktiviti
merokok turut berkurang terutama sekali di tempat-tempat awam seperti kedai
makan,perhentian bas, dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya kerana
kebiasaannya perokok ini akan merokok di mana sahaja tanpa menghiraukan
masyarakat sekeliling yang tidak merokok.
Dari
segi ekonomi negara pula akan turut terjejas apabila ramai perokok kurang
membeli rokok disebabkan harga yang sangat mahal. Penjualan rokok merupakan
antara hasil utama pertambahan ekonomi negara. Tidak hairanlah jika kerajaan
muflis disebabkan sebilangan besar perokok mulai berhenti merokok. Berbalik
kepada cerita saya di atas tadi,rokok asli yang menjadi kegemaran penduduk
Malaysia adalah rokok berjenama DUNHILL. Asalnya harga rokok ini cuma RM10.50
tetapi telah naik sebanyak RM1.50 pada 30/9/2012 menjadi RM12.00. Fuh,mahal…
Kesimpulannya, kenaikan harga rokok mempunyai kelebihan dan kekurangan
yang tersendiri bergantung kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, marilah
kita renung-renungkan akan apa yang akan terjadi selepas ini. Adakah harga beras
dan berus gigi pun akan turut meningkat ??? Sama-samalah kita tunggu...…RAKYAT
DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN………hidup PM NAjib!!!
Buleh tgk doh, Alif (Y)
ReplyDeletesumandak sabah bah
ReplyDelete