Wednesday, 30 October 2013

(Kenapa orang islam sanggup bunuh membunuh sesama islam-pendapat peribadi)

..



Di Malaysia, apabila kita memandu kereta, terlihat kadang kadang di bahu jalan, bangkai lembu, kambing, kucing, anjing, biawak dan mungkin terjumpa bangkai tenuk atau tapir bergelimpangan mati terbujur kaku lalu kita mengelak bangkai tersebut dan meneruskan perjalanan sebab kita semua perasan sibuk.

Tapi jika korang memandu di mesir, dan Negara islam yang lain seperti di Iraq, Iran, Libya, Palestin, Syria, dan lain-lain Negara islam yang berada dalam konflik perperangan, akan ada mayat mayat manusia bergelimpangan dibahu bahu jalan..., yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam, termasuk wanita dan kanak kanak, juga termasuk orang tua yang tak terdaya, sehingga mayat mereka bukan setakat bergelimpangan di bahu bahu jalan, malahan mayat mereka ada di sekolah, di pejabat, di rumah dan dimana sahaja tempat rusuhan melanda.










Melihat mayat mereka yang ramai ini, apa korang akan buat? Teruskan perjalanan sebab perasan sibuk?, atau sebelum sempat korang teruskan memandu tiba tiba muncul sekumpulan orang islam yang memakai baju kalis peluru, siap dengan senjata M16 ditangan, mengepong korang dan bertanya:

“Syiah atau Sunni?”

“Penyokong Mursi atau penyokong Tentera?”

“Hamas atau fatah?”

“Wahabi atau salafi?”

“PAS atau UMNO?”

Walaupun soalan itu senang di jawab, tapi jika yang bertanya tidak setuju dengan jawapan korang, maka akan turut sertalah mayat korang bergelimpangan di bahu bahu jalan..., innalillahhiwainnalilahirajioon..

Persoalannya:

Kenapa orang islam mesti bunuh orang islam?

Kenapa ada orang islam tergamak bunuh saudara seislamnya?

Bukankah ada hadis Sahih Bukhari (31) yang diriwayatkan oleh Abu bakar bahawa pernah beliau melarang seorang sahabat yang bernama Qais yang berniat mahu menolong sebelah pihak sahaja dalam perlawanan pedang sesama islam dengan berkata, "Apabila dua orang islam berperang, maka si pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka." Lalu Qais bertanya, "kenapa yang terbunuh juga masuk neraka?" Abu Bakar menjawab, "Karena orang yang terbunuh itu juga berniat untuk membunuh saudara islamnya."

Dari hadis ini, jelas menyatakan bahawa kita orang islam mestilah berdamai, jangan bergaduh.., jika berbeza pendapatpun tak perlulah sampai bunuh membunuh kerana Allah benci dengan orang yang melampau dalam sesuatu urusan (rujuk al quran)

Jadi dalam kes di mesir dan Negara islam yang lain, Apakah puncanya sehingga ada orang islam yang sanggup bunuh membunuh sesama islam?

Aku tidak tahu peristiwa sebenar yang berlaku di Negara islam yang bergolak sehingga mereka sanggup membunuh sesama islam, yang aku tahu (sumber buznama) puak pelampau dalam Syiah cakap puak sunni kafir kerana bunuh keturunan Ali dan darah puak sunni menjadi halal, begitu jugak puak pelampau dalam Sunni membuat dakwaan demikian, katanya puak Syiah akan bunuh siapa sahaja termasuk kanak-kanak yang bernama umar, atau abu bakar, lalu berperang! sama juga penyokong taksub Mursi ada yang mengatakan Kerajaan merampas adalah kerajaan kafir sebab mendapat dana dari Yahudi, jihad syahid menentang kerajaan zalim, dan begitulah juga sebaliknya dari penyokong kerajaan yang taksub.., saling kafir mengkafir, guna bom kemia, dan serangan berani mati.. huhuhu..

Tapi itu semua aku dengar dari ceramah buznama sahaja, fakta sebenar punca mereka saling kafir mengakfir dan saling bunuh membunuh di Arab sana adalah diluar pengetahuanku yang terhad..

Namun, kafir mengakfir ini bukan hanya di timur tengah, Tapi juga berlaku di Malaysia, Cuma di Malaysia, bila dah kafirkan saudara islam, mereka tidaklah angkat senjata pergi berperang macam orang arab, orang Malaysia masih rasional al maklumlah Negara kita merdeka juga dengan cara rasional penuh diplomasi, jadi di Malaysia, kesan dari kafirkan saudara islam di zahirkan dengan solat berangsingan, tidak pergi solat jenazah, cerai bini, tak makan sembelihan pihak sana, tak bertegur sapa, mencaci dan mengutuk, mengumpat dan menfitnah, atau bina masjid lain sebab tak sah solat di masjid yang di bina oleh kerajaan ‘kafir’. Dan macam macam lagi kelakuan ganjil dan bangang oleh puak puak yang suka kafirkan orang ini, Adohai..

Jadi, di Malaysia, Pada pendapat aku sebagai seorang ‘driver’ keretamayat yang hina ini, punca masalah orang islam sanggup kafirkan orang islam adalah apabila kita terlalu taksub dengan kefahaman agama kita masing masing, taksub dengan sentiment masing masing, kagum dengan pendapat sendiri, atau kita rasa ustaz kitalah yang paling betul, parti kitalah yang paling islamik, fahaman sayalah yang paling cool, lalu akhirnya, kesan dari sangkaan dan ego, maka akhirnya korang akan selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak sependapat dengan korang, adohai..

Contoh dalam politik di Malaysia, adalah kerja bangang bila penyokong politik sanggup pertahankan habis habisan pendapat ustaz mereka yang jelas salah, (guna fatwa kera misalnya) sehingga sanggup tolak dalil Al quran dan hadis kerana sentimen dan emosi.., lat-last, sekali lagi: selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak menyokong pendapat korang, Hampeh!

Dan perkara ini berlaku di seluruh dunia, yang mana sesama islam saling kafir mengakfirkan antara satu sama lain, lalu hadis di atas, islam bunuh sesama islam masuk neraka adalah tidak terpakai bagi korang kerana korang anggap: Syiah/Sunni/ Penyokong Mursi/ penyokong Tentera/ Hamas /fatah /PAS/UMNO/ Wahabi/salafi /Taliban/tabligh /JIM/JAKIM/ Arqam/____________/(gariskan puak yang korang tuduh kafir)  adalah kafir dan darah mereka menjadi halal!

Asrtarfirullah hal azim..

Benci sungguh korang pada orang ‘kafir ‘ye? Apa korang ingat Allah cipta orang ‘kafir’ tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Lepas tu Allah jadikan korang orang islam pulak ‘bertugas’ untuk bunuh mereka dan cepatkan mereka ke neraka? Begitu? (tepok dahi) Adohai..

Bagaimana nak atasi masalah suka kafirkan orang (di Malaysia) atau suka bunuh orang (di Timur tengah)
Ini hanyalah pendapat peribadi, yang mana aku pacar yang hina ini berpendapat bahawa, sifat kafirkan orang sewenang wenangnya ini adalah kerana dalam diri kita tidak ada perasaan cinta ummat dan dalam kepala kita tiada fikir risau atas ummat sebagaimana yang dimiliki oleh rasul rasul yang diutuskan..

Bagaimana nak dapat perasaan cinta kepada ummat dan fikir risau atas ummat?

Caranya adalah dengan berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut seperti Rasul Rasul yang di utuskan kerana Nabi sangat cintakan ummat, sehingga pernah apabila ada orang kafir meniggal tanpa sempat di dakwah Nabi mengalirkan air mata..

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat.

Jadi, Inilah masalah ummat islam di Malaysia yang sebenarnya, iaitu korang rajin beribadat tapi lupa nak berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang diutuskan 

Buktinya, waktu aku bujang duduk menyewa dengan kawan-kawan yang jahil agama, takde sorang pun dari korang yang datang ketuk pintu rumah sewa kami lalu berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Kalau ada yang datangpun, setakat orang ‘tabligh’ yang takde 'ilmu', adohai..

Kemana pergi bijak pandai dalam kumpulan islam yang mengaku ilmu penuh di dada, yang selalu berdebat di TV dan internet? Yang selalu berdakwah guna FB dan sajak?, yang selalu perasan bagus dalam ceramah mintak derma? Yang selalu kafirkan sesama islam?

Bila masa ustaz-ustaz korang nak datang ketuk pintu rumah kami berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan?

Inilah masalah yang melanda ummat islam, tafsir bab dakwah dengan silap, (tafsir bab solat jemaahpun silap jugak) lalu anggap diri sendiri sudah berdakwah walau hanya setakat gantung bendera atau kutip derma.., lalu tinggak sunnah berdakwah cara  Rasul Rasul yang di utuskan.., isk!

Ketahuilah, apabila korang tinggal dakwah cara Nabi, maka korang sudah mulai benci pada orang yang buat maksiat dan mulai menuduh mereka yang engkar perintah tuhan walaupun masih islam sebagi kafir, (sepatutnya benci maksiat mereka sahaja, bukan benci orang yang buat maksiat)

Waktu ni korang dah mulai berdoa agar mereka pecah perut, biar bala bencana menimpa orang ‘kafir’ sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami, gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect storm, Armageddon, solar attack, war of z, key oo dan lain lain…

Tapi, siang malam korang berdoa, dari depan Kaabah sehinggalah ke pentas mendiklimasikan sajak, dari tabung derma ke tabung derma, dari padang sekolah ke padang stadium, tapi doa membinasakan mereka tidak makbul-makbul, dan korang makin sakit hati..

Dalam sakit hati. Korang teruskan ‘beribadat’ sahaja tanpa berdakwah macam Nabi, maka lama-kelamaan, akibat tinggalkan dakwah cara Nabi, maka korang bulan setakat kehilangan fikir risau ummat atau hilanglnya perasaan kecintaan sesama manusia, tapi korang waktu itu, korang dah jadikan MEMBUNUH orang ‘kafir’ itu satu ibadat.., di sinilah segala bencana bermula.., Lalu tumpahlah darah orang islam membunuh sesama islam kerana masing masing saling kafir mengkafir sesama mereka yang membuka pintu neraka seluas luasnya.., Arghh, dah dua dua di tuduh kafir, maka benarlah hadis riwayat Abu bakar diatas, yang mengatakan bahawa: membunuh masuk neraka, yang terbunuh pun masuk neraka.. Adohai..

Patut kita semua tahu akan Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul bukan untuk bunuh orang kapir, setakat nak bunuh orang kapir, Allah boleh hantar nyamuk dan angin jer.., tapi Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul adalah untuk dakwah orang yang jauh daripada islam di bawa kepada islam dengan lemah lembut..,

Setakat buat dakwah guna cara bidaah tak selesai masalah, berdakwah cara berdemotrasi, lagilah teruk sebab ramai yang mati apabila ada yang merusuh, Adohai...

Maka aku jemput semua ustaz ustaz politik dan fahaman pelik-pelik diluar sana, rajin rajinkan diri ketuk pintu rumah jiran jiran masing masing menyeru mereka kepada Allah dengan cara yang lemah lembut, bukannya mengumpat mereka di masjid sebab tak duduk majlis korang dengan menuduh mereka kafir, adohai..,

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat, insyaAllah..
Wahai sahabatku..ingatlah, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka (Baca: orang yang korang tuduh kafir) tidaklah sejahat firaun (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut (hikmah)pada firaun…

Akhir kata, jangan pulak tuduh aku kafir apabila menegur korang disini, sebab dalam hadis ada menyebut, jika orang yang dituduh kafir itu tidak kafir, maka orang yang menuduh kafir itu yang akan menjadi kafir.Wassalam....

No comments:

Post a Comment