Wednesday 30 October 2013

Pakat bela ayam blaker laa lepahh nim!!!



 



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek mengajak orang ramai ‘menukar’ selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
“Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
“Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik…pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
“Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri,” katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
“Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal,” katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
“Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan,” katanya.





Ayam sekarang ini sudah menjadi makanan asas dan utama …jadi, tidak semudah itu untuk beralih citarasa. Dan untuk pengetahuan Pak Menteri, harga ikan sebenarnya lebih mahal dari harga ayam!.jadi bagaimana tu!.. Sebagai contoh di Kuantan kembung RM10-15 sekilo,daging RM14.00/kilo dan ikan tenggiri RM 25.00/kilo.
Berterus terang saja lah kenapa harga ayam menjadi mahal ?…kerana bekalan ayam tidak pernah mencukupi dan harga makanan kpd ayam juga mahal (kerana di impot).Kementerian Pertanian sejak merdeka hingga sekarang telah gagal meyediakan bahan pertanian khasnya bahan makanan yang mencukupi untuk negara ( lembu,kerbau,itek ayam ,beras, kelapa,sayur.ikan)..kita masih bergantung kpd sumber impot.
Dengan menasihati rakyat supaya berjimat atau beralih citarasa tidak menyelesaikan masaalah pokok. Kerajaan sepatutnya menyedari kelemahan kementerian Pertanian dan perlu semak semula peranannya.
Malaysia negara tropika yang subur dan mampu menyediakan bahan makanan sendiri yang mencukupi malah berdaya utk tanaman ekspot. Malang sekali kerana kita sangat mengutamakan sektor perkilangan hingga mengabaikan pertanian(kelapa sawit dan getah sumber kewangan dan bahan itu tidak boleh di makan). Hakikatnya sekarang ini ialah yang dikejar masih berterbangan dan yang dikelek berciciran.Rakyat menjadi marah dan menyalahkan kerajaan apabila harga bahan makanan meningkat ..







Jadi pak menteri bila bercakap tu berfikir dululah ..jangan bercakap ikut terlintas saja..kena ingat bahawa rakyat malaysia sudah ramai yang berlajar teori asas ekonomi!!!Bercakaplah seperti seorang menteri tidak seperti diwarung kopi!..
Jadi secara mudahnya…berdasarkan corak pemikiran Pak Menteri..cara berikut perlu dilakukan jika harga barang keperluan naik

* Elak makan ayam kalau harga naik..?
* Elak makan Nasik kalau harga Beras naik ?..
* Elak makan Roti kalau harga Tepung naik ?
* Elak tea tarik kalau harga Susu naik ?

No comments:

Post a Comment