Wednesday, 30 October 2013

(Kenapa orang islam sanggup bunuh membunuh sesama islam-pendapat peribadi)

..



Di Malaysia, apabila kita memandu kereta, terlihat kadang kadang di bahu jalan, bangkai lembu, kambing, kucing, anjing, biawak dan mungkin terjumpa bangkai tenuk atau tapir bergelimpangan mati terbujur kaku lalu kita mengelak bangkai tersebut dan meneruskan perjalanan sebab kita semua perasan sibuk.

Tapi jika korang memandu di mesir, dan Negara islam yang lain seperti di Iraq, Iran, Libya, Palestin, Syria, dan lain-lain Negara islam yang berada dalam konflik perperangan, akan ada mayat mayat manusia bergelimpangan dibahu bahu jalan..., yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam, termasuk wanita dan kanak kanak, juga termasuk orang tua yang tak terdaya, sehingga mayat mereka bukan setakat bergelimpangan di bahu bahu jalan, malahan mayat mereka ada di sekolah, di pejabat, di rumah dan dimana sahaja tempat rusuhan melanda.










Melihat mayat mereka yang ramai ini, apa korang akan buat? Teruskan perjalanan sebab perasan sibuk?, atau sebelum sempat korang teruskan memandu tiba tiba muncul sekumpulan orang islam yang memakai baju kalis peluru, siap dengan senjata M16 ditangan, mengepong korang dan bertanya:

“Syiah atau Sunni?”

“Penyokong Mursi atau penyokong Tentera?”

“Hamas atau fatah?”

“Wahabi atau salafi?”

“PAS atau UMNO?”

Walaupun soalan itu senang di jawab, tapi jika yang bertanya tidak setuju dengan jawapan korang, maka akan turut sertalah mayat korang bergelimpangan di bahu bahu jalan..., innalillahhiwainnalilahirajioon..

Persoalannya:

Kenapa orang islam mesti bunuh orang islam?

Kenapa ada orang islam tergamak bunuh saudara seislamnya?

Bukankah ada hadis Sahih Bukhari (31) yang diriwayatkan oleh Abu bakar bahawa pernah beliau melarang seorang sahabat yang bernama Qais yang berniat mahu menolong sebelah pihak sahaja dalam perlawanan pedang sesama islam dengan berkata, "Apabila dua orang islam berperang, maka si pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka." Lalu Qais bertanya, "kenapa yang terbunuh juga masuk neraka?" Abu Bakar menjawab, "Karena orang yang terbunuh itu juga berniat untuk membunuh saudara islamnya."

Dari hadis ini, jelas menyatakan bahawa kita orang islam mestilah berdamai, jangan bergaduh.., jika berbeza pendapatpun tak perlulah sampai bunuh membunuh kerana Allah benci dengan orang yang melampau dalam sesuatu urusan (rujuk al quran)

Jadi dalam kes di mesir dan Negara islam yang lain, Apakah puncanya sehingga ada orang islam yang sanggup bunuh membunuh sesama islam?

Aku tidak tahu peristiwa sebenar yang berlaku di Negara islam yang bergolak sehingga mereka sanggup membunuh sesama islam, yang aku tahu (sumber buznama) puak pelampau dalam Syiah cakap puak sunni kafir kerana bunuh keturunan Ali dan darah puak sunni menjadi halal, begitu jugak puak pelampau dalam Sunni membuat dakwaan demikian, katanya puak Syiah akan bunuh siapa sahaja termasuk kanak-kanak yang bernama umar, atau abu bakar, lalu berperang! sama juga penyokong taksub Mursi ada yang mengatakan Kerajaan merampas adalah kerajaan kafir sebab mendapat dana dari Yahudi, jihad syahid menentang kerajaan zalim, dan begitulah juga sebaliknya dari penyokong kerajaan yang taksub.., saling kafir mengkafir, guna bom kemia, dan serangan berani mati.. huhuhu..

Tapi itu semua aku dengar dari ceramah buznama sahaja, fakta sebenar punca mereka saling kafir mengakfir dan saling bunuh membunuh di Arab sana adalah diluar pengetahuanku yang terhad..

Namun, kafir mengakfir ini bukan hanya di timur tengah, Tapi juga berlaku di Malaysia, Cuma di Malaysia, bila dah kafirkan saudara islam, mereka tidaklah angkat senjata pergi berperang macam orang arab, orang Malaysia masih rasional al maklumlah Negara kita merdeka juga dengan cara rasional penuh diplomasi, jadi di Malaysia, kesan dari kafirkan saudara islam di zahirkan dengan solat berangsingan, tidak pergi solat jenazah, cerai bini, tak makan sembelihan pihak sana, tak bertegur sapa, mencaci dan mengutuk, mengumpat dan menfitnah, atau bina masjid lain sebab tak sah solat di masjid yang di bina oleh kerajaan ‘kafir’. Dan macam macam lagi kelakuan ganjil dan bangang oleh puak puak yang suka kafirkan orang ini, Adohai..

Jadi, di Malaysia, Pada pendapat aku sebagai seorang ‘driver’ keretamayat yang hina ini, punca masalah orang islam sanggup kafirkan orang islam adalah apabila kita terlalu taksub dengan kefahaman agama kita masing masing, taksub dengan sentiment masing masing, kagum dengan pendapat sendiri, atau kita rasa ustaz kitalah yang paling betul, parti kitalah yang paling islamik, fahaman sayalah yang paling cool, lalu akhirnya, kesan dari sangkaan dan ego, maka akhirnya korang akan selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak sependapat dengan korang, adohai..

Contoh dalam politik di Malaysia, adalah kerja bangang bila penyokong politik sanggup pertahankan habis habisan pendapat ustaz mereka yang jelas salah, (guna fatwa kera misalnya) sehingga sanggup tolak dalil Al quran dan hadis kerana sentimen dan emosi.., lat-last, sekali lagi: selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak menyokong pendapat korang, Hampeh!

Dan perkara ini berlaku di seluruh dunia, yang mana sesama islam saling kafir mengakfirkan antara satu sama lain, lalu hadis di atas, islam bunuh sesama islam masuk neraka adalah tidak terpakai bagi korang kerana korang anggap: Syiah/Sunni/ Penyokong Mursi/ penyokong Tentera/ Hamas /fatah /PAS/UMNO/ Wahabi/salafi /Taliban/tabligh /JIM/JAKIM/ Arqam/____________/(gariskan puak yang korang tuduh kafir)  adalah kafir dan darah mereka menjadi halal!

Asrtarfirullah hal azim..

Benci sungguh korang pada orang ‘kafir ‘ye? Apa korang ingat Allah cipta orang ‘kafir’ tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Lepas tu Allah jadikan korang orang islam pulak ‘bertugas’ untuk bunuh mereka dan cepatkan mereka ke neraka? Begitu? (tepok dahi) Adohai..

Bagaimana nak atasi masalah suka kafirkan orang (di Malaysia) atau suka bunuh orang (di Timur tengah)
Ini hanyalah pendapat peribadi, yang mana aku pacar yang hina ini berpendapat bahawa, sifat kafirkan orang sewenang wenangnya ini adalah kerana dalam diri kita tidak ada perasaan cinta ummat dan dalam kepala kita tiada fikir risau atas ummat sebagaimana yang dimiliki oleh rasul rasul yang diutuskan..

Bagaimana nak dapat perasaan cinta kepada ummat dan fikir risau atas ummat?

Caranya adalah dengan berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut seperti Rasul Rasul yang di utuskan kerana Nabi sangat cintakan ummat, sehingga pernah apabila ada orang kafir meniggal tanpa sempat di dakwah Nabi mengalirkan air mata..

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat.

Jadi, Inilah masalah ummat islam di Malaysia yang sebenarnya, iaitu korang rajin beribadat tapi lupa nak berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang diutuskan 

Buktinya, waktu aku bujang duduk menyewa dengan kawan-kawan yang jahil agama, takde sorang pun dari korang yang datang ketuk pintu rumah sewa kami lalu berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Kalau ada yang datangpun, setakat orang ‘tabligh’ yang takde 'ilmu', adohai..

Kemana pergi bijak pandai dalam kumpulan islam yang mengaku ilmu penuh di dada, yang selalu berdebat di TV dan internet? Yang selalu berdakwah guna FB dan sajak?, yang selalu perasan bagus dalam ceramah mintak derma? Yang selalu kafirkan sesama islam?

Bila masa ustaz-ustaz korang nak datang ketuk pintu rumah kami berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan?

Inilah masalah yang melanda ummat islam, tafsir bab dakwah dengan silap, (tafsir bab solat jemaahpun silap jugak) lalu anggap diri sendiri sudah berdakwah walau hanya setakat gantung bendera atau kutip derma.., lalu tinggak sunnah berdakwah cara  Rasul Rasul yang di utuskan.., isk!

Ketahuilah, apabila korang tinggal dakwah cara Nabi, maka korang sudah mulai benci pada orang yang buat maksiat dan mulai menuduh mereka yang engkar perintah tuhan walaupun masih islam sebagi kafir, (sepatutnya benci maksiat mereka sahaja, bukan benci orang yang buat maksiat)

Waktu ni korang dah mulai berdoa agar mereka pecah perut, biar bala bencana menimpa orang ‘kafir’ sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami, gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect storm, Armageddon, solar attack, war of z, key oo dan lain lain…

Tapi, siang malam korang berdoa, dari depan Kaabah sehinggalah ke pentas mendiklimasikan sajak, dari tabung derma ke tabung derma, dari padang sekolah ke padang stadium, tapi doa membinasakan mereka tidak makbul-makbul, dan korang makin sakit hati..

Dalam sakit hati. Korang teruskan ‘beribadat’ sahaja tanpa berdakwah macam Nabi, maka lama-kelamaan, akibat tinggalkan dakwah cara Nabi, maka korang bulan setakat kehilangan fikir risau ummat atau hilanglnya perasaan kecintaan sesama manusia, tapi korang waktu itu, korang dah jadikan MEMBUNUH orang ‘kafir’ itu satu ibadat.., di sinilah segala bencana bermula.., Lalu tumpahlah darah orang islam membunuh sesama islam kerana masing masing saling kafir mengkafir sesama mereka yang membuka pintu neraka seluas luasnya.., Arghh, dah dua dua di tuduh kafir, maka benarlah hadis riwayat Abu bakar diatas, yang mengatakan bahawa: membunuh masuk neraka, yang terbunuh pun masuk neraka.. Adohai..

Patut kita semua tahu akan Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul bukan untuk bunuh orang kapir, setakat nak bunuh orang kapir, Allah boleh hantar nyamuk dan angin jer.., tapi Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul adalah untuk dakwah orang yang jauh daripada islam di bawa kepada islam dengan lemah lembut..,

Setakat buat dakwah guna cara bidaah tak selesai masalah, berdakwah cara berdemotrasi, lagilah teruk sebab ramai yang mati apabila ada yang merusuh, Adohai...

Maka aku jemput semua ustaz ustaz politik dan fahaman pelik-pelik diluar sana, rajin rajinkan diri ketuk pintu rumah jiran jiran masing masing menyeru mereka kepada Allah dengan cara yang lemah lembut, bukannya mengumpat mereka di masjid sebab tak duduk majlis korang dengan menuduh mereka kafir, adohai..,

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat, insyaAllah..
Wahai sahabatku..ingatlah, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka (Baca: orang yang korang tuduh kafir) tidaklah sejahat firaun (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut (hikmah)pada firaun…

Akhir kata, jangan pulak tuduh aku kafir apabila menegur korang disini, sebab dalam hadis ada menyebut, jika orang yang dituduh kafir itu tidak kafir, maka orang yang menuduh kafir itu yang akan menjadi kafir.Wassalam....

Pakat bela ayam blaker laa lepahh nim!!!



 



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek mengajak orang ramai ‘menukar’ selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
“Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
“Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik…pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
“Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri,” katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
“Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal,” katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
“Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan,” katanya.





Ayam sekarang ini sudah menjadi makanan asas dan utama …jadi, tidak semudah itu untuk beralih citarasa. Dan untuk pengetahuan Pak Menteri, harga ikan sebenarnya lebih mahal dari harga ayam!.jadi bagaimana tu!.. Sebagai contoh di Kuantan kembung RM10-15 sekilo,daging RM14.00/kilo dan ikan tenggiri RM 25.00/kilo.
Berterus terang saja lah kenapa harga ayam menjadi mahal ?…kerana bekalan ayam tidak pernah mencukupi dan harga makanan kpd ayam juga mahal (kerana di impot).Kementerian Pertanian sejak merdeka hingga sekarang telah gagal meyediakan bahan pertanian khasnya bahan makanan yang mencukupi untuk negara ( lembu,kerbau,itek ayam ,beras, kelapa,sayur.ikan)..kita masih bergantung kpd sumber impot.
Dengan menasihati rakyat supaya berjimat atau beralih citarasa tidak menyelesaikan masaalah pokok. Kerajaan sepatutnya menyedari kelemahan kementerian Pertanian dan perlu semak semula peranannya.
Malaysia negara tropika yang subur dan mampu menyediakan bahan makanan sendiri yang mencukupi malah berdaya utk tanaman ekspot. Malang sekali kerana kita sangat mengutamakan sektor perkilangan hingga mengabaikan pertanian(kelapa sawit dan getah sumber kewangan dan bahan itu tidak boleh di makan). Hakikatnya sekarang ini ialah yang dikejar masih berterbangan dan yang dikelek berciciran.Rakyat menjadi marah dan menyalahkan kerajaan apabila harga bahan makanan meningkat ..







Jadi pak menteri bila bercakap tu berfikir dululah ..jangan bercakap ikut terlintas saja..kena ingat bahawa rakyat malaysia sudah ramai yang berlajar teori asas ekonomi!!!Bercakaplah seperti seorang menteri tidak seperti diwarung kopi!..
Jadi secara mudahnya…berdasarkan corak pemikiran Pak Menteri..cara berikut perlu dilakukan jika harga barang keperluan naik

* Elak makan ayam kalau harga naik..?
* Elak makan Nasik kalau harga Beras naik ?..
* Elak makan Roti kalau harga Tepung naik ?
* Elak tea tarik kalau harga Susu naik ?

Tuesday, 29 October 2013

Selamatkan bumi MESIR.....


Bermacam macam kekejaman yang telah berlaku di bumi mesir. mata ini rasanya sudah tiada lagi air yang nak dikeluarkan...terlalu sedih rasanya apabila membaca berita tentang bumi Mesir sekarang...setiap hari ada sahaja berita pasal kematian penduduk Islam disana...tidak mengira umur...dari peringkat bayi hinggalah kepada orang tua...semuanya turut terlibat...mayat-mayat bergelimpangan di sana sini...setap masa terdengar tangisan suara penduduk disana yang menderita kesakitan dari segi mental dan fizikal...yang mahukan keselamatan mereka terjamin tetapi apakan daya....hanya doa yang mampu aku berikan untuk kesejahteraan Mesir... 




Penulis terkemuka Mesir, Wael Qandil sambil menangis berkata :
“Jumlah rakyat Mesir yang dibunuh di Raba’ah semalam lebih ramai berlipat kali ganda dari jumlah askar Israel yang mati dibunuh oleh askar Mesir dalam perang Oktober 1973.”

Tentera Mesir telah membunuh 2500 askar Yahudi semasa perang 1973. Tahun ini Tentera Mesir telah membunuh lebih 5000 orang Islam Mesir dalam satu bulan sejak rampasan kuasa bermula, termasuk pembunuhan semalam sahaja lebih daripada 3000 orang yang dibunuh dan dibakar dalam satu hari di Medan Rabiatul Adawiyah & Nahdhah.
Mesir Tutup Sempadan Rafah

Pihak berkuasa Mesir menutup sempadan Rafah hari ini disebabkan keamanan yang tidak stabil di Mesir, menurut Pengurus Besar Sempadan dalam Kerajaan HAMAS, Maher Abu Sabhah.
Beliau berkata dalam kenyataan media bahawa pihak Mesir memaklumkan secara kepada Palestin tentang penutupan sempadan dari dua arah hari ekoran ketidakstabilan di utara Sinai. Penutupan sempadan juga disahkan oleh pihak berkuasa Mesir sehinggalah pembukaannya dimaklumkan kelak.
Perhimpunan besar-besaran diadakan dibandar Sanaa’ Yaman bagi mengutuk tindakan yang di lakukan oleh pihak keselamatan dan tentera semalam di Medan Rabaah Adawiyyah dan Medan Nahdah,tidak ketinggalan dalam perhimpunan tersebut ialah golongan wanita. Mereka juga mendesak agar kedutaan Mesir di Yaman di tutup dan memangil balik duta mereka di Mesir.
Ribuan rakyat Mesir di Bani Suez turun ke jalanan sebagai menyatakan sokongan menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh junta tentera sambil melaungkan slogan “Cukuplah Allah bagi kami dan balasan Allah ke atas orang yang zalim.”
Barat mengakui rampasan kuasa yang dilakukan ini adalah secara senyap. Presiden Turki, Erdogan berkata:

 “Akan tiba satu hari Musa yang akan menamatkan kezaliman yang dilakukan Firaun ini”
“Kemarahan Akan Meletus Seperti Gunung Berapi”

 Jumaat,16 Ogos 2013. Sama kita doakan kemenangan dan memelihara darah mereka yang tidak berdosa.
“Gabungan Kerjasama Kebangsaan” pertubuhan yang menaungi tuntutan rakyat menolak rampasan kuasa hari ini menyeru seluruh rakyat menyertai perarakan aman yang dinamakan sebagai “Jumaat Kemarahan”. 
Sebanyak 28 pusat perkumpulan disusun di wilayah Kaherah dan Giza yang akan bermula sejurus selepas solat Jumaat. Semua perarakan ini akan berkumpul di dataran Ramsis. Dataran Raba’ah dan Nahdhah hingga hari ini masih dikawal ketat oleh polis. 28 masjid yang bakal menjadi tumpuan perhimpunan.


Statistik pembunuhan peningkatan drastik

Lebih 30 ulama Al-Azhar syahid.
Lebih 2500 orang awam syahid.
Lebih 3000 ditangkap.
Lebih 10000 cedera parah.
Lebih 200 wartawan dibunuh

1. Penyampai berita AL-JAZEERAH: 7 syahid dan ratusan cedera dalam rempuhan meleraikan tunjuk perasaan di Mustafa Mahmud.

2. Di Bani Suwef, 14 penunjuk perasaan telah syahid hingga saat ini akibat tembakan polis dan tentera

3. 14 Ogos 2013 Darurat I : Perintah berkurung di seluruh Mesir dari jam 7 malam hingga 6 pagi.

4. Naib Presiden Mesir lantikan tentera, Dr.Mohammed El Baradei meletakkan jawatan sebentar tadi.

5. Jumlah syuhada dari Hospital Medani sejumlah 2303 orang manakala mereka yang cedera parah lebih daripada 10 000 orang. Lebih 200 orang daripadanya jurugambar.

6. Dr Morsi masih ditahan di tempat yang dirahsiakan

7. Meja rundingan DITUTUP sepenuhnya

8. Seluruh warga Mesir diseru turun ke dataran-dataran seluruh mesir

9. Penyokong Ikhwanul Muslimin diBAKAR, diTEMBAK, dan diSEKSA

*Bangun dan sedarlah dari lamunan wahai muslimin dan muslimat. Tinggalkan keselesaan dan kekenyangan kalian buat sementara. SOLAT dan BERDOALAH untuk saudara seAGAMA kita di seluruh dunia khasnya di MESIR.


"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya". (Al Baqarah : 154)

Brunei laksanakan hukum hudud




Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, telah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara Brunei, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, telah diwartakan selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Suatu masa dulu baginda pernah bertitah, “Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu”.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.


Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.


Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak. Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kita terhadap Allah sudah ditunaikan,” kata Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapannya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.


Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka.




Tuesday, 1 October 2013

ISU KENAIKAN HARGA ROKOK



                                     


    Banyak pihak telah menerima berita tentang kenaikan harga rokok yang telah naik pada 30/9/2013. Ini bukanlah khabar angin atau omong kosong di kedai kopi tetapi ianya adalah realiti. Kenaikan harga rokok yang sangat ketara ini disebabkan oleh terdapatnya banyak rokok tiruan di dalam Malaysia yang berjaya diseludup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini diperakui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).  


     Kenaikan harga rokok ini menjadi mimpi ngeri kepada perokok-perokok tegar di negara ini kerana telah membebankan lagi hidup mereka setelah isu kenaikan gula dan minyak petrol sebanyak 20sen yang berlaku baru-baru ini. Roslan Mahayuddin selaku Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK menjelaskan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan yang menggunakan nama dan alamat pengilang palsu di negara ini.


     Berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati alamat yang tertera pada kotak rokok tiruan itu adalah palsu yakni menggunakan alamat tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi penglihatan pihak berkuasa. Pelbagai jenama rokok tiruan yang terdapat di dalam negara ini seperti JOHN,CANYON,ZON KING dan lain-lain. Memang benar menghisap rokok banyak mendatangkan penyakit  tetapi kajian telah menyatakan bahawa rokok tiruan lebih merbahaya disebabkan kandungan bahannya yang mengandungi tar dan nikotin yang berlebihan berbanding rokok asli.
       Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harganya jauh lebih murah berbanding rokok asli. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM8 sekotak. Kebanyakkan perokok yang membeli rokok tiruan ini adalah dalam kalangan pelajar sekolah dan penggangur kerana kekurangan duit untuk membeli rokok yang lebih berjenama seperti DUNHILL dan BENSON yang harganya sekitar RM10.50 sekotak. Golongan pekerja asing turut mempengaruhi pertambahan rokok tiruan ini disebabkan taraf hidup mereka yang rendah.

        Pendapat saya, isu kenaikan harga rokok mempunyai kelebihan dan kekurangan kepada individu ,masyarakat dan negara. Bagi perokok individu yang sederhana hidupnya atau dengan kata lain kekurangan sumber ekonomi ,tabiat merokok akan berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit kerana faktor keewangan. Lain pula halnya dengan individu yang kaya kerana golongan ini tidak kisah akan harga rokok kerana bagi mereka setakat naik RM2@RM3 tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.

       Masyarakat pula akan dapat hidup dengan cara hidup yang sihat kerana kekurangan bilangan perokok sekaligus asap yang terhasil daripada aktiviti merokok turut berkurang terutama sekali di tempat-tempat awam seperti kedai makan,perhentian bas, dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya kerana kebiasaannya perokok ini akan merokok di mana sahaja tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling yang tidak merokok.

      Dari segi ekonomi negara pula akan turut terjejas apabila ramai perokok kurang membeli rokok disebabkan harga yang sangat mahal. Penjualan rokok merupakan antara hasil utama pertambahan ekonomi negara. Tidak hairanlah jika kerajaan muflis disebabkan sebilangan besar perokok mulai berhenti merokok. Berbalik kepada cerita saya di atas tadi,rokok asli yang menjadi kegemaran penduduk Malaysia adalah rokok berjenama DUNHILL. Asalnya harga rokok ini cuma RM10.50 tetapi telah naik sebanyak RM1.50 pada 30/9/2012 menjadi RM12.00. Fuh,mahal…

          Kesimpulannya, kenaikan harga rokok mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri bergantung kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan akan apa yang akan terjadi selepas ini. Adakah harga beras dan berus gigi pun akan turut meningkat ??? Sama-samalah kita tunggu...…RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN………hidup PM NAjib!!!